Alhamdulillah.
Seseorang tidak dibolehkan menghajikan orang lain sebelum dirinya melakukan haji untuk dirinya. Dalil hal ini terdapat dalam riwayat Ibnu Abbas radhiallahu anhuma sesungguhnya Nabi sallallahu’alaihi wa sallam mendengar seseorang mengatakan, “Labbaik untuk Subrumah." Beliau bertanya, “Apakah anda telah berhaji untuk diri anda?" Dia menjawab, “Belum." Beliau bersabda, “Berhajilah untuk diri anda kemudian berhaji untuk Subrumah.” (HR Abu Daud dinyatakan shahih oleh Al-Albany dalam kitab Irwa’ul Ghalil, 994)
Wabillahit taufiq.